Help Me To Spread Islam Because Of Allah / Bantulah Aku Menyebarkan Agama Islam Kerana Allah

Semua Hakcipta Adalah milik Allah Kerana Ilmu Allah Sangat Luas Dan Tiada Sebarang Larangan Jika Hendak Copy Sebarang Article Dari Sini Atas Tujuan Menyebarkan Islam(ILMU).

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".( surah Ibrahim : 7 )


Maka Dengan Itu Ucapkan Syukur Alhamdulillah Kerana Allah sentiasa memberikan Petunjuk dan Hidayahnya kepadaku, memberikan Kesihatan kepadaku, memberikan kejayaan hidup kepadaku Dan memberikan Kekayaan harta kepadaku Dan juga Bersyukur sangat sangat atas segala nikmat yang diberikan kepadaku.

Ya Allah Ya Tuhanku, Ya Allah Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendaki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, ku mohon kepadamu Ya Allah sesiapa pun yang membaca blog ini engkau rahmatilah mereka, berilah hidayah kepada mereka, bukalah hati mereka, pimpinlah mereka ke jalan yang benar kearah jalan yang diredhai oleh mu. Amin Ya Allah.

Baca Quran Online - klik link kat bawah

Membaca Quran - Dengan Suara Dan Terjemahannya. -Klik Sini-
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( surah Ali Imran : 104 )

Jangan Lupa Untuk Berselawat Keatas Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Surah Al Maidah : 19 )

Sunday, September 23, 2007

Larangan minum arak (Khamar)

Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)


Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Akan dibangkitkan pada hari kiamat orang peminum khamar itu bermuka hitam, biru matanya, keluar lidahnya sampai kedadanya, mengalir air liurnya, tiap orang yang melihat akan jijik padanya kerana busuk baunya. Kamu jangan memberi salam kepada pemabuk dan jangan melawatnya jika mereka sakit dan jangan menyembahyangkan jika mati." m asruq berkata: "Peminum khamar itu seperti penyembah berhala, jika ia menganggap halal khamar."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiap-tiap yang memabukkan itu khamar dan semua yang memabukkan itu haram. Dan siapa yang minum khamar didunia sehingga mati belum bertaubat maka tidak akan dapat minum khamar diakhirat."

Abul Laits berkata Rasulullah s.a.w. telah menerangkan bahawa tiap minuman yang memabukkan itu haram, dimasak atau tidak dimasak. Sebagaimana riwayat Jabir r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua yang memabukkan jika diminum banyak, maka sedikit juga haram." Dilain riwayat dikatakan: "Yang memabukkan jika diminum satu botol, maka seteguk juga haram."

Abul Laits berkata: "Peminum khamar yang dimasak (tuak) itu lebih besar dosanya daripada yang minum khamar yang tidak dimasak sebab peminum tuak itu merasa bahawa itu haram tetapi yang minum khamar yang dimasak itu adakalanya ia merasa bahawa itu sudah halal sehingga dapat menyebabkan kekafirannya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Usman bin Affan r.a. ketika berkhutbah berkata: "Hati-hatilah kamu dari khamar sebab ia induk dari dosa-dosa yang keji, sesungguhnya dahulu ada seorang abid yang biasa pergi masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang wanita pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan dimasukkan kedalam rumahnya, lalu ditutup pintunya. Sedang disisi wanita itu ada segelas khamar dan seorang anak kecil. Maka berkata wanita itu: "Engkau tidak boleh keluar sehingga minum khamar atau berzina padaku atau membunuh anak kecil ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata: "Ada orang masuk kerumahku." Jawab abid itu: "Zina saya tidak mahu, membunuh juga tidak." Lalu ia memilih khamar sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan membunuh bayi itu." Usman berkata: "Kerana itu tinggalkanlah khamar itu kerana ia sebagai ibu dari dosa-dosa dan sesungguhnya tidak dapat berkumpul iman dan khamar didalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satu. Yakni seorang jika telah mabuk maka akan keluar dari lidahnya khalimat-khalimat kufur lalu menjadi kebiasaan sehingga dibawa amti dalam khalimat itu sehingga menyebabkan ia kekal dalam neraka."

Adhdhahhaah berkata: "Siapa yang mati sedang tetap minum (khamar) maka akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan mabuk." Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:

  • Orang bakhil (kedekut)

  • Orang yang mengungkit pemberiannya

  • Orang yang tetap minum khamar

  • Dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya

Ibn Mas'ud berkata: "Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:

  • Yang memerah

  • Yang minta diperah

  • Yang minum

  • Yang memberi minum

  • Yang membawa

  • Yang menghantar

  • Yang membekal

  • Yang menjual

  • Yang membeli

  • Yang menyimpan

Juga Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."

Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang memberi makan walau sesuap kepada orang yang minum khamar, maka Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan ular atau kala dibadannya dan siapa yang menyampaikan hajatnya maka bererti membantu merobohkan Islam. Dan siapa yang meminjamkannya bererti membantu untuk pembunuhan seorang mukmin dan siapa yang duduk bersamanya dibangkitkan pada hari kiamat buta tidak berhujjah. Maka jika sakit jangan engkau jenguk. Jika menjadi saksi jangan kamu terima persaksiannya. Demi Allah yang mengutuskan aku dengan hak tidak akan minum khamar kecuali orang yang terkutuk dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran. Dan siapa yang minum khamar maka telah kafir dengan semua kitab yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi-nabi-Nya dan tidak akan menghalalkan khamar kecuali orang kafir. Dan siapa yang menghalalkan khamar maka aku lepas tangan daripadanya dunia akhirat."

Athaa' bin Yasaar berkata: "Ada orang tanya kepada Ka'bul ahbar: "Apakah khamar telah diharamkan didalam kitab Taurat?" Jawabnya: "Ya, ayat (Yang berbunyi): Innamal khamru wal maisiru. itu tersebut dalam Taurat. Sesungguhnya Kami menurunkan yang hak untuk menghalau yang bathil dan membatalkan permainan dan terbang dan seruling dan khamar, celaka benar peminum khamar." Allah s.w.t. bersumpah dengan kemuliaan dan kebesaranNya terhadap siapa yang melanggar (iaitu) meminum khamar akan dihauskan pada hari kiamat dan bagi siapa yang meninggalkannya sesudah diharamkan maka akan diberinya minum khamar disyurga dari Hadhiratul-qudsi."

Abul Laits berkata: "Awaslah kau dari minum khamar kerana ia mengandungi sepuluh bahaya iaitu:

  • Peminumnya seperti orang gila dan menjdai tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang-orang berakal Ibn Abud-Dunia berkata: "Saya melihat orang mabuk dijalan diBaghdad, ia sedang kencing lalu mengusapkan air kencing itu kemukanya sambil membaca: Allahummaj alni minattawwabin waj'alni minal mutathahhirin. Juga ada orang mabuk dan muntah-muntah ditengah jalan sehingga datang anjing menjilat mulut dan janggutnya dan ia berkata kepada anjing itu: "Ya sayyidi ya sayyidi, jangan mengotorkan saputangan."

  • Memboros harta dan merosak akal. Sebagaimana kata Umar bin Alkhatthab kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, jelaskan pendapatmu mengenai khamar?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sebab nyata menghabiskan harta dan merosak akal."

  • Minum khamar menyebabkan permusuhan diantara kawan-kawan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Innama yuridus syaithanu an yuqi'a bainakumul adawata walbagh dhaa'a filkhamri walmaisir." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi."

  • Peminumnya terhalang dari dzikrullah dan sembahyang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wa yashuddakum an dzikrillahi wa anis shalaati fahal antum muntahun." (Yang bermaksud): "Dan juga menghalangi kamu dari dzikrullah dan sembahyang, apakah kamu tidak mahu menghentikan?" Ketika ayat ini turun maka Umar bin Alkhatthab berkata (Yang berbunyi): "Intahainaa ya Robbi." (Yang bermaksud): "Kami hentikan ya Tuhan."

  • Minum khamar itu mendorong untuk berzina, sebab kemungkinan ia menceraikan isterinya tanpa sedar

  • Ia pembuka dari segala kejahatan sebab jika mabuk. mudah berbuat segala maksiat

  • Mengganggu malaikat yang menjaganya kerana memasukkan kemajlis fasiq dan adanya bau busuk

  • Terkena hukum pukul dera lapan puluh kali dan bila tidak terpukul didunia maka di akhirat akan dipukul dengan pukulan dari enraka yang disaksikan oleh orang tua dan kawan-kawan

  • Ia telah menutup pintu langit sebab hasanatnya dan doa-doanya tidak terangkat kelangit selama empat puluh hari

  • Ia berspekulasi (membahayakan) terhadap dirinya sebab dikhawatirkan tercabut iman ketika matinya.

Ini semua siksa dunia sebelum siksa akhirat, maka tidak terhitung selain dari minuman hamim dan makanan zaqqum kerana itu seorang yang berakal jangan sampai memilih kesenangan yang sedikit sehingga membuang kelazatan yang besar dan abadi.

Nuqatil bin Sulaiman ketika metafsirkan ayat (Yang berbunyi): "Yauma nahsyurul muttaqina ilarrahmani wafda. Wana suqul mujrimina ila jahannama wirda.: (Yang bermaksud): "Pada hari kiamat nanti Kami himpun orang-orang muttaqin menghadap kepada Allah berkenderaan. Dan Kami iring orang-orang durhaka keneraka jahannam dalam hal dahaga (haus)." (Surah Maryam ayat 85-86)

Apabila ahli syurga telah sampai dipintu syurga, tiba-tiba mereka melihat pohon yang menyemberkan dibawahnya dua sumber mata air, maka mereka minum untuk membersihkan segala kotoran yang tertinggal dalam perut, kemudian mandi dari sumber yang kedua untuk membersihkan sisa-sisa kotoran yang dibadan, kemudian mereka disambut dengan ucapan (Yang berbunyi): "Salaamun alaikum thibtum fad khuluuha khalidin." (Yang bermaksud): "Selamat sejahtera kamu, bagus sekali kamu, maka sila masuk kekal selamanya didalamnya." Kemudian mereka disediakan kenderaan unta yang dibuat dari yaqut yang merah dan kakinya dari emas bertaburan permata, sedang kendalinya dari mutiara dan tiap orang mendapat sepasang perhiasan. Andaikan perhiasan itu diperlihatkan kedunia nescaya akan dapat menerangi ummat semuanya, disamping tiap orang ada Malaikat yang akan menunjukkan tempat-tempatnya diSyurga, kemudian jika telah berada disyurga tampak kepadanya sebuah gedung dari perak sedangkan biliknya dari emas dan tiba telah sampai kesana disambut oleh pelayan-pelayan yang cantik-cantik bagaikan mutiara yang bertaburan, yang lengkap dengan segala macam perhiasan serta bejana-bejana dari perak dan gelas-gelas dari emas, sedang Malaikat semuanya memberi salam selamat kepadanya dan ia hanya menyambut semua itu dengan gembira. Kemudian bila ia telah melihat apa yang telah disediakan Allah s.w.t. untuknya berupa tempat dan perlengkapan kehormatannya, maka ia turun lalu ditanya oleh Malaikat: "Apakah maksudmu?" Jawabnya: "Saya akan turun untuk menerima kurnia pemberian Allah s.w.t." Malaikat berkata: "Bejalanlah, maka untukmu yang lebih lagi dari apa yang sudah kau lihat itu." Bila telah jalan maka nampak kepadanya gedung dari emas yang berbilik mutiara, maka bila baru mendekatinya langsung disambut oleh pelayan-pelayan yang bagaikan mutiara yang bertaburan dan membawa bejana-bejana perak dan gelas-gelas dari emas, lalu semuanya memberi salam kepadanya, dan apanila ia akan turun dari situ lalu diperingatkan oleh Malaikat pengawalnya: "Teruskan dahulu sebab amsih ada yang lebih dari itu." Mendadak dinampakkan kepadanya gedung dari yaqut yang merah, yang dapat terlihat isi didalamnya dari luar kerana sangat jernih, bila telah sampai kesana segera disambut oleh pelayan-pelayannya sebagaimana semual dan memberi salam kepadanya, maka bila ia masuk kegedung itu segera disambut oleh bidadari yang bola matanya berhias dengan tujuh puluh macam perhiasan, semerbak harum baunya sehingga terbau dari jarak perjalanan seratus tahun, maka bila ia melihat muka bidadari itu terlihat wajahnya sendiri dimuka bidadari itu dari jernihnya dan bersihnya mukanya, dan bila melihat dadanya terlihat apa yang dibalik bajunya bahkan dapat terlihat urat-urat betisnya, dan ia berada dirumah yang lebih panjang satu farsakh persegi. Mempunyai empat ribu ambang pntu dari emas dan berlantai pemaidani dari emas bertaburan mutaiar yang meliputi semua ruang rumah dan ada ranjang yang menyamai tujuh puluh ranjang dunia. Maka bila telah duduk lalu ingin buah-buahab, datanglah buah itu sehingga mudah ia memetik dan memakannya dan semua ini sebagai pahala yang disediakan bagi orang-orang muttaqin yang menjaga dari dari minum khamar dan segala perbuatan-perbuatan yang keji.

Sedang ahli neraka dibawa keneraka, maka bila sampai dimuka pintunya langsung terbuka pintu-pintunya dan disambut oleh Malaikat yang telah siap dengan pukul besinya, maka apabila ia telah masuk keneraka tiap anggota badannya merasakan siksa sendiri, apakah panasnya api atau gigitan ular atau pukulan Malaikat, dan bila dipukul oleh Malaikat segera tenggelam dalam api itu sedalam empat puluh tahun, belum juga sampai kedasarnya, kemudian dinaikkan oleh wap api keatas untuk diulangi pukulan Malaikat sehingga tenggelam kembali sedalamnya. Sedang kulitnya sebagaimana tersebut dalam ayat (Yang berbunyi): "Kullamaa nadhijat juluduhum baddalnaa hum juludan ghoiraha liyadzuqul adzaaba, inna Allah kaana azizan hakiimaa." (Yang bermaksud): Tiap-tiap telah rosak (masak) kulitnya maka Kami ganti dengan kulit yang baru supaya merasai pedihnya siksa. Sesungguhnya Allah Maha Mulia, Jaya dan Bijaksana." (Surah An Nisa ayat 56)

Dijelaskan bahawa penggantian kulit itu tiap hari sampai tujuh puluh kali dan terasa dahaga maka minta minum lalu diberikan air hamim yang mendidih dan bila didekatkan kemukanya jatuh daging mukanya dan bila diminum jatuh giginya, kemudian jika masuk kedalam perut terputus-putus ususnya dan masak kulitnya, segaimana ayat (Yang berbunyi): "Yush haru bihi maa'fi buthunihim waljuluud walahum maqaa mi'u min hadied." (Yang bermaksud): "Mencairkan apa yang didalam perut mereka, demikian pula kulit. Dan untuk mereka tersedia pukul dari besi." (Surah Al-Haj ayat 20-21)

Dan sesudah beberapa tahun tersiksa mereka lalu memanggil Malaikat-malaikat penjaga Jahannam supaya meminta keringanan kepada Allah s.w.t. tetapi tidak dihiraukan lalu mereka memanggil Malaikat Malik selama empat puluh tahun juga tetapi tidak dihiraukan juga. Sehingga putus harapan mereka dan kerana lama mengeluh tetapi tidak berguna, maka mereka berkata: "Lebih baik sabar." Maka sabarlah mereka tetapi tidak lama juga sabar tidak berguna sehingga berkata (Yang berbunyi): "Sawaa'un alaina ajazi'na am shobarna malanaa min mahish." (Yang bermaksud): "Sama saja bagi kami apakah mengeluh atau sabar, tidak dapat terelak dari hukum siksa ini." (Surah Ibrahim ayat 21)

Benar siksa ini tertuju bagi orang kafir, tetapi seorang muslim jika minum khamar dan terlanjur lidahnya kalimat kufur dikhawatirkan kalau terlepas iman ketika matinya sehingga tergolong pada orang-orang kafir. Kerana itu seharusnya tidak minum khamar dan menjauh dari peminumnya, sebab jika selalu berkumpul peminum khamar, dibimbangi kalau-kalau terkena abunya dan harus selalu memikir kengeriannya hari kiamat supaya hatinya jangan sampai condong kepada khamar.

Alhasan Albashri berkata: "Seorang hamba jika minum khamar hitam hatinya dan jika kedua kali lepas tangan Malaikat yang menjaganya dan bila ketiga kali maka lepas tangan daripadanya Malaikat Maut dan jika keempat kali maka putus hubungan dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan bila kelima kali maka putus hubungan dengan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan bila keenam putus hubungan dengan Jibril dan bila ketujuh putus hubungan dengan Israfil dan bila kelapan putus hubungan dengan Mikail dan bila kesembilan putus hubungan dengan langit dan bila kesepuluh maka putus hubungan dengan bumi dan bila kesebelas maka lepas tangan darinya ikan dilaut dan jika keduabelas maka putus dengan mata hari dan bulan dan jika ketiga belas putus dengan bintang-bintang dan jika keempatbelas putus hubungan dengan semua makhluk dan bila kelimabelastertutup pintu syurga padanya dan bila keenambelas terbuka pintu-pintu neraka dan bila ketujuh belas putus dengan Alkursi dan bila kesembilan belas putus dengan Arsy dan bila kedua puluh putus dari rahmat Allah s.w.t.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Asmaa' binti Yazid r.a. berkata: "Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang minum khamar sehingga masuk dalam perutnya, maka tidak diterima sembahyangnya satu minggu dan bila sampai mabuk (hilang akal) maka tidak diterima sembahyangnya empat puluh hari dan jika mati sebelum taubat mati kafir dan jika bertaubat maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari thinatil khabaal (darah yang campur nanahnya ahli neraka)."

Dilain hadis pula: "Jika minum khamar satu kali tidak diterima sembahyangnya dan puasanya dan lain-lain amalnya selama empat puluh hari dan jika minum kedua kali maka tidak diterima semua itu hingga lapan puluh hari dan bila ketiga kali maka tidak diterima semua itu sehingga seratus dua puluh hari dan bila minum keempatkalinya maka bunuhlah ia sebab telah kafir dan layaklah baginya diberi minum oleh Allah s.w.t. dari thinatil khabaal (darah campur nanahnya ahli neraka)." Dilain hadis pula: "Sesungguhnya dosa-dosa terletak disebuah rumah dan kuncinya ialah minum khamar. Yakni siapa yang minum bererti telah membuka untuk dirinya pintu-pintu dosa semuanya."

Seorang sahabat berkata: "Siapa yang mengahwinkan saudara atau puterinya pada seorang peminum (pemabuk) maka sama dengan mendorongnya kepada zina, sebab seorang jika mabuk bisa keluar dari mulutnya talak, lalu masih dikumpuli yang bererti berzina."

Khamar itu sama dengan berhala sebab Allah s.w.t. telah menyebut keduanya dengan kalimat (Yang berbunyi): "Rij sun min amalisy syaithan fajtanibuuhu." (Yang bererti): "Khamar itu termasuk najis dari perbuatan syaitan, maka jauhilah." Dan ayat (Yang berbunyi): "Faj tanibur rijsa minal autsaan." (Yang bermaksud): "Maka peminum khamar itu sama dengan penyembah berhala."

Abdullah bin Mas'ud r.a berkata: "Bahawa orang yang minum khamar siang hari, maka bererti ia syirik sehingga petang hari dan siapa yang minum waktu petang bererti dia syirik hingga mati." Juga ia berkata: "Jika peminum khamar itu mati maka kuburlah ia dan tahanlah aku kemudian kamu gali kembali kubur itu, jika kamu tidak mendapatkannya berpaling dari qiblat maka bunuhlah aku."

Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. telah mengutuskan aku sebagai petunjuk dan rahmat bagi seisi alam untuk menghapuskan segala permainan seruling dan sebagainya dari kebiasaan jahilliyah dan berhala-berhala dan Tuhanku telah bersumpah: "Demi kemuliaanNya tidak seorang hambaKu minum khamar didunia melainkan pasti Aku haramkan atasnya pada hari kiamat dan tiada seorang yang meninggalkannya melainkan pasti akan Aku berinya minum dari hadhiratil qudsi.

Aus bin Sam'an berkata: "Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, sungguh saya telah mendapat didalam kitab Taurat tentang haramnya khamar dalam dua puluh lima ayat (kali) ancaman terhadap orang yang minum khamar sudah selayaknya bagi Allah s.w.t., bahawa tiada seorang hamba yang minum khamar melainkan akan diberi minum oleh Allah s.w.t. dari thinatul khabal (darah bercampur nanah ahli neraka)."

Malik meriwayatkan dari Muhammad bin Almunkadir berkata: "Pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan berfirman: "Dimana orang-orang yang telah menjauhkan (membersihkan diri) dan telinga mereka semua dari semua permainan dan seruling syaitan, tempatkan mereka dalam kebun-kebun kasturi." Lalu memberitahu kepada Malaikat: "Perdengarkan kepada mereka suara pujaan dan pujianKu dan beritahukan kepada mereka: Tidak ada ketakutan atau kesedihan pada mereka."

Abu Wa'il dari Syaqiq bin Salamah bahawa ia diundang kenduri, tiba-tiba ia melihat disana ada pemain-pemain maka langsung ia kembali sambil berkata: "Saya telah mendengar Ibn Mas'ud r.a. berkata: "Sesungguhnya nyanyian itu menumbuhkan nifaq didalam hati sebagai air menumbuhkan biji-biji tanaman."

Atha' bin Assaib dari Abdurrahman Assulami berkata: "Ketika Mu'awiyah bin Abi Sufyan menjabat tangan gabenor di Syam ada beberapa orang sedang minum khamar dan mereka berkata: "Ini halal bagi kami sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Laisal alal ladzina amanu wa amilus shalihati junahun fima Tha'imu. (Yang bermaksud): "TIdak ada dosa terhadap orang yang iman dan beramal soleh didalam apa yang mereka makan." (Surah Al-Maidah ayat 93), maka Mu'awiyah segera menulis surat kepada Umar bin Al-Khattab, lalu Umar menjawab surat Mu'awiyah supaya mengirim orang-orang itu ke Madinah sebelum mereka merosakkan orang-orang yang lain. Maka ketika telah tiba mereka diMadinah, Umar mengumpulkan sahabat dan musawarah kepada mereka. Para sahabat berkata: "Ya amirul mukminin, mereka telah menyalahgunakan ayat Allah s.w.t. dan membuat hukum yang tidak diizinkan oleh Allah s.w.t. maka penggal saja leher mereka." Maka Umar bertanya kepada Ali bin Abi Thalib: "Bagaimana pendapatmu?" Jawab Ali: "Pendapat saya, engkau suruh mereka bertaubat, jika mereka tidak mahu bertaubat maka penggallah leher mereka dan bila mahu bertaubat maka hukumlah mereka dengan pukulan dera lapan puluh kali." Maka Umar menyuruh mereka bertaubat dan mereka bertaubat maka dipukul mereka lapan puluh kali.

Ikrimah dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Ketika turun ayat yang mengharamkan khamar, sahabat bertanya: "Bagaimana keadaan kawan-kawan kami yang mati sedang mereka minum khamar?" Maka turun ayat (Yang berbunyi): "Laisa alalladzina amanu wa amilus sholihati junnahun fima tha'imu." (Yang bermaksud): "Tidak ada dosa terhadap orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam apa yang mereka makan, yakni sebelum diharamkan (sebelum turun ayat yang mengharamkan makanan itu)."