Help Me To Spread Islam Because Of Allah / Bantulah Aku Menyebarkan Agama Islam Kerana Allah

Semua Hakcipta Adalah milik Allah Kerana Ilmu Allah Sangat Luas Dan Tiada Sebarang Larangan Jika Hendak Copy Sebarang Article Dari Sini Atas Tujuan Menyebarkan Islam(ILMU).

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".( surah Ibrahim : 7 )


Maka Dengan Itu Ucapkan Syukur Alhamdulillah Kerana Allah sentiasa memberikan Petunjuk dan Hidayahnya kepadaku, memberikan Kesihatan kepadaku, memberikan kejayaan hidup kepadaku Dan memberikan Kekayaan harta kepadaku Dan juga Bersyukur sangat sangat atas segala nikmat yang diberikan kepadaku.

Ya Allah Ya Tuhanku, Ya Allah Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendaki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, ku mohon kepadamu Ya Allah sesiapa pun yang membaca blog ini engkau rahmatilah mereka, berilah hidayah kepada mereka, bukalah hati mereka, pimpinlah mereka ke jalan yang benar kearah jalan yang diredhai oleh mu. Amin Ya Allah.

Baca Quran Online - klik link kat bawah

Membaca Quran - Dengan Suara Dan Terjemahannya. -Klik Sini-
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( surah Ali Imran : 104 )

Jangan Lupa Untuk Berselawat Keatas Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Surah Al Maidah : 19 )

Monday, September 24, 2007

Fadhilat dan khasiat BASMALLAH

Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)


Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Tiada seorang bambapun mengucapkan 'BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM" kecuali Allah s.w.t. perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan."

Dan diantara khasiat 'BASMALLAH" dan 'LA HAU LAWALA QHU WATAILLA BILLAHI ALIYIL AZIM" maka ia dihindarkan daripada tujuh puluh musibah diluar keperihatinan, kesusahan, penyakit akal dan membebel.

  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 21 kali ketika hendak tidur maka ia aman dari syaitan laknatullah, kecurian, maut mendadak dan bala.

  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.

  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 41 kali pada telinga orang yang pengsan maka ia akan segera siuman (sedar).

  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 313 kali dan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kearah Kiblat maka Allah s.w.t. memberi rezeki tanpa diduga bersamaan fadhal dan kemurahan Allah s.w.t.

  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 786 kali lalu ditiupkan pada air lalu diminumkan kepada orang yang bebal selama tujuh (7) hari disaat matahari terbit maka lenyaplah kebeballannya dan ia akan hafal apa yang didengarnya.

  • Barangsiapa membaca 'Basmallah" 50 kali dihadapan orang yang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.

  • Barangsiapa menulis 'Basmallah" 101 kali diatas kertas lalu diletak disawah padinya maka sawahnya akan subur dan terpelihara dari bencana dan kalau dituliskan pada kain kafan 70 kali maka mayatnya yang berselimutkan kain kafan itu akan aman dari bahaya Munkar dan Nakir juga ia terlindung dari siksa kubur.

  • Dan barangsiapa yang punya hajat kepada Allah s.w.t. maka sebaiknya ia berpuasa dihari Rabu, Khamis dan Jumaat dan dihari Jumaat itu dia mandi sunat dan wuduk lalu berangkat untuk menunaikan solat Jumaat dengan sedekah sekadarnya lalu sebaik sahaja habis solat Jumaat membaca doa:

(Maksudnya) Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang amat pengasih lagi penyayang; yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah yang maha pengasih lagi penyayang. Aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir ayat) Dialah yang penuh kebesaran-Nya dilangit dan dibumi. Dan aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang, yang melutut bagiNya setiap wajah, tunduk kepadanya riqab (tengkuk) dan khusyuk bagiNya setiap mata, dan gentar kepadaNya setiap hati kerana terlalu takut, dan mengalir kerananya air mata, bahawa berilah salawat serta salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya, dan berikanlah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa yang ku kehendaki, yakni.....(disebut segala hajat)

Agar pintu rahmat dan rezeki terbuka juga JALBURRIZKI dan supaya dimuliakan makhluk maka bacalah 'YA ALLAH" sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalah tersebut lalu membaca:

(Maksudnya) "Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatMu dan kurniaMu serta RezekiMu. Curahkanlah untukku perasaan redha kepada-Mu dan takwa kepada-Mu. Mudahkanlah bagiku untuk memperolehi rezeki-Mu dan sekelian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

  • Ikhtiar dalam mengubati penyakit: tulislah lafaz 'ALLAH HU' sebanyak 66 kali lalu diberi air itu dan diminumkan kepada orang yang berpenyakit dan orang yang kena cubaan.

  • Ubat sakit kepala (pening): menulis lafaz 'ALRAHIM' sejumlah dua puluh satu diatas kertas lalu dikalungkan pada orang yang sakit kepala.

  • Permohonan kesampaian hajat: Selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat, bacalah 'YA ALLAH HU YA RAHMAN ' dalam keadaan suci dan menghadap arah Kiblat sampai matahari terbenam lalu memohon kepada Allah s.w.t. akan keperluan urusan dunia/akhirat, Insyaallah terkabul.(Dari Khadir a.s. Kitab Is'adurrafiq, halaman 51)

  • Barangsiapa menulis 'AR RAHMAN NIR RAHIM' sebanyak 50 kali khalimat tersebut didalam bahasa Arab lalu dibawa dan pergi kehadapan orang yang zalim maka ia akan aman dari keburukannya, dan saat menghadap itu bacalah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' sebanyak 50 kali.

  • Ikhtiar mohon anaknya hidup dan sihat: tulislah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' dengan huruf Arab lalu dipakaikan kepada perut perempuan yang sedang hamil itu.

  • Mohon maju perniagaannya: bacalah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' sebanyak 786 kali dihadapan dagangannya lalu dihembuskan. Demikianlah dilakukan selama 7 hari. (Is'adurrafiq)

  • Ikhtiar keselamatan dalam peperangan: Tulislah 'ALRAHIM' sejumlah 100 kalimat diatas kertas putih lalu dibawa selalu, Insyaallah tidak terkena bahaya.

  • Ikhtiar mendapat ikan dengan cepat: Tulislah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' diatas timah lalu diletakkan pada jaring atau kail. Insyaallah berduyunm-duyun datang ikan dari segala penjuru.