Help Me To Spread Islam Because Of Allah / Bantulah Aku Menyebarkan Agama Islam Kerana Allah

Semua Hakcipta Adalah milik Allah Kerana Ilmu Allah Sangat Luas Dan Tiada Sebarang Larangan Jika Hendak Copy Sebarang Article Dari Sini Atas Tujuan Menyebarkan Islam(ILMU).

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".( surah Ibrahim : 7 )


Maka Dengan Itu Ucapkan Syukur Alhamdulillah Kerana Allah sentiasa memberikan Petunjuk dan Hidayahnya kepadaku, memberikan Kesihatan kepadaku, memberikan kejayaan hidup kepadaku Dan memberikan Kekayaan harta kepadaku Dan juga Bersyukur sangat sangat atas segala nikmat yang diberikan kepadaku.

Ya Allah Ya Tuhanku, Ya Allah Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendaki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, ku mohon kepadamu Ya Allah sesiapa pun yang membaca blog ini engkau rahmatilah mereka, berilah hidayah kepada mereka, bukalah hati mereka, pimpinlah mereka ke jalan yang benar kearah jalan yang diredhai oleh mu. Amin Ya Allah.

Baca Quran Online - klik link kat bawah

Membaca Quran - Dengan Suara Dan Terjemahannya. -Klik Sini-
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( surah Ali Imran : 104 )

Jangan Lupa Untuk Berselawat Keatas Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Surah Al Maidah : 19 )

Sunday, September 23, 2007

AL IHTIKAR (menimbun makanan untuk dijual mahal)

Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)


Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Said bin Almusayyab dari Ma'mar bin Abdullah Al-adai berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak menimbun makanan kecuali orang yang durhaka."

Ibn Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang menimbun makanan selama empat puluh hari, maka Allah s.w.t. telah putus padanya dan ia telah putus dari rahmat Allah s.w.t."

Said bin Almusayyab dari Umar r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: " Orang yang mendatangakan makanan diberkhati rezekinya dan orang yang menimbun mal'uun (terkutuk)."

Orang yang mendatangkan makanan dari lain tempat untuk membantu kemakmuran daerahnya maka itu diberkhati rezekinya sedang orang yang menimbunkan makanan supaya naik harganya maka itu terkutuk.

Asysya'bi berkata: "Ada orang yang menyerahkan anaknya untuk suatu pekerjaan, maka ia datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kau serahkan anakmu kepada penjual gandum dan jangan kepada pembantaian (jagal) dan jangan kepada penjual kafan. Adapun penjual gandum maka sekiranya ia menghadap kepada Allah s.w.t. sebagai pelacur atau peminum khamar (arak) maka lebih baik daripada ia menghadap Allah s.w.t. sedang ia telah menahan makanan emapt puluh malam. Adapun pembantai (jagal) maka ia selalu menyembelih sehingga hilang rasa rahmat dari dalam hatinya. Adapun penjual kafan, maka ia selalu menginginkan matinya ummatku dan anak yang baru lahir dari ummatku lebih aku suka daripada dunia dan isinya."

Abul Laits berkata: "Ihtiar yang dilarang ialah membeli makanan didusunnya lalu ditahan padahal orang-orang sedang memerlukan, maka inilah ikhtiar (penimbunan) yang dilarang. Adapun bila ia mendatangkan dari lain tempat maka tidak dinamakan ikhtiar yang dilarang, hanya saja lebih utama dijual dan bila tidak mahu menjual maka ia jahat kerana jahat niatnya dan tidak ada sayangnya kepada kaum muslimin, maka seharusnya dipaksa untuk menjual, maka jika menolak maka dapat dihukum ta'zir (pukul) dan tidak boleh dibatasi herganya, hanya dianjurkan supaya menjual sebagaimana penjualan orang lain."

Rasulullah s.a.w. bersabda: " Saya tidak akan menentukan harga, maka sesungguhnya Allah s.w.t. sendiri yang menetukan harga."

Rasulullah s.a.w. bersabda: " Mahal dan murah itu keduanya terserah kepada Allah s.w.t, yang satu bernama keinginan dan yang kedua bernama ketakutan. Apabila Allah s.w.t. akan memurahkan harga maka Allah s.w.t. memasukkan rasa takut dalam hati mereka sehingga semua simpanannya dikeluarkan maka murahlah harganya dan bila Allah s.w.t. akan memahalkan maka dimasukkan dalam hati mereka kesukaan (ketenangan) maka ditahan makanan itu sehingga mahal harganya."

Seorang ahli ibadat dari Bani Israil berjalan maka terlihat padanya anak bukit pasir, lalu timbul keinginan. "Andaikan aku menjadi tepung sebesar anak bukit lalu dapat mengenyangkan Bani Israil dalam kelaparan yang menimpa mereka." Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi mereka: "Sampaikan kepada (Fulan) bahawa Allah s.w.t. telah menetapkan untuknya pahala sebagaimana andaikan bukit menjadi tepung dan engkau bersedekah dengannya." Yakni, ketika ia berniat kebaikan maka Allah s.w.t. memberikannya pahala kerana niatnya dan kesayangannya kepada kaum muslimin, kerana itu seharusnya tiap muslim mempunyai rasa belas kasih kepada sesama muslim.

Seorang datang kepada Abdullah bin Abbas r.a. dan berkata: "Berilah nasihat kepadaku." Abdullah bin Abbas r.a. berkata: "Saya wasiat kepadamu enam macam iaitu:

  • Percaya dengan keyakinan hatimu terhadap apa yang telah dijamin oleh Allah s.w.t. untukmu.

  • Kerjakan kewajipan-kewajipanmu tepat pada waktunya

  • Jangan menurut hawa nafsu syaitan laknatullah kerana ia hasud kepada manusia

  • Hendaklah lidahmu selalu basah kerana dzikir kepada Allah s.w.t.

  • Jangan memakmurkan dunia kerana ia akan merosak akhiratmu

  • Hendaklah engkau selalu sayang dan menasihati kaum muslimin

Abul Laits berkata: "Seharusnya seorang muslim kasih sayang kepada sesama muslim sebab itu tanda sejahtera dan bahagia."

Dikatakan bahawa tanda sejahtera bahagia itu ada sebelas iaitu:

  • Tidak rakus kepada dunia dan benar-benar ingin kepada akhirat

  • Semangatnya tertuju kepada ibadat dan mempelajari Al-Quran

  • Sedikit bicara kecuali perlu

  • Menjaga sembahyang yang lima waktu

  • Bertawadhuk, merendah diri dan tidak sombong

  • Bersahabat dengan orang-orang solihin

  • Menjauhkan diri dari haram, sedikit atau banyak

  • Loman pemurah dan baik

  • Kasih sayang kepada semua makhluk

  • Selalu ingat kepada mati

Dan tanda celaka itu juga sebelas iaitu:

  • Rakus untuk mengumpul harta

  • Semangatnya hanya dalam pemuasan nafsu syahwat dan kelazatan dunia

  • Banyak bicara dan keji mulut

  • Sembrono (gopoh)dalam sembahyang

  • Makan yang haram dan syubhat dan bersahabat kepada orang-orang lacur

  • Biadab tidak berbudi

  • Sombong dan berlagak

  • Tidak berbudi dan tidak suka menolong

  • Tidak kasih kepada kaum muslimin

  • Bakhil dan kikir

  • Lupa akan mati, sebab bila ia ingat akan mati maka ia tidak akan menimbun makanan dan tidak ada rasa belas kepada kaum muslimin

Terjadi ada seorang zahid yang dirumahnya ada banyak gandum. Tiba-tiba orang-orang menghadapi musim kemarau maka ia segera menjual gandum yang ada padanya dan hanya membeli untuk keperluannya dan ketika ditanya: "Mengapa tidak kau tahan untuk keperluanmu?" Jawabnya: "Saya ingin bersama orang banyak dalam kesusahan mereka."